MENARIK BALIK
KENDERAAN BERMOTOR
Sebagai penyewa,
anda hendaklah memastikan bahawa ansuran bulanan dibayar mengikut
jadual. Syarikat kewangan boleh menarik balik kenderaan bermotor yang
disewa kepada anda bila:
- Anda ingkar membayar dua ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir
- Jika penyewa meninggal dunia, keingkaran berlaku untuk empat ansuran berturut-turut
SIAPAKAH YANG
BOLEH MENARIK KENDERAAN BERMOTOR ANDA?
Biasanya
syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan
Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik
kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik
mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan
penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan
penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta
untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan
kenderaan bermotor anda.
PERILAKU
PENARIK
Penarik haruslah
menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik
kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat
Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai
Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik
dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan
tersebut adalah seperti berikut:
- Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor
- Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai
- Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri
- Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional
- Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali
- Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik
- Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit
Sekiranya
penarik melanggar peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada
syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat
Sewa Beli Malaysia.
SEBELUM
KENDERAAN BERMOTOR DITARIK
Syarikat
kewangan anda seharusnya telah menghantar notis-notis berikut:
- Notis Jadual Keempat. Ini adalah merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor
- 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat
Catatan:
Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta Sewa Beli (SB), notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.
Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta Sewa Beli (SB), notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.
APA YANG
PERLU ANDA BUAT?
- Anda boleh membayar jumlah tertunggak seperti yang tertera di dalam notis Jadual Keempat sebelum luput 21 hari seperti yang dinyatakan di dalam notis Jadual Keempat. Dengan berbuat demikian, kenderaan bermotor anda tidak akan ditarik balik
- Anda boleh memulangkan kenderaan bermotor kepada syarikat kewangan sebelum luput 21 hari notis Jadual Keempat. Anda akan dikehendaki menyelesaikan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan bermotor
TARIKH PENARIKAN
Penarikan boleh
dijalankan pada bila-bila masa selepas luput 21 hari sebagaimana yang
dinyatakan di dalam notis Jadual Keempat.
SELEPAS
KENDERAAN BERMOTOR DITARIK
Sebaik sahaja
kenderaan bermotor anda ditarik, syarikat kewangan hendaklah memberi
kepada anda dokumen bertulis yang mengesahkan penerimaan kenderaan
bermotor tersebut. Sekiranya anda tidak dapat dihubungi, dokumen
tersebut akan dihantar kepada anda secepat mungkin.
Dalam masa 21 hari selepas penarikan, syarikat kewangan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada syarikat kewangan.
Dalam masa 21 hari selepas penarikan, syarikat kewangan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada syarikat kewangan.
APAKAH
TINDAKAN ANDA SETERUSNYA?
Sebelum tempoh
21 hari seperti yang tertera di dalam notis Jadual Kelima luput, anda
boleh meminta syarikat kewangan untuk memulangkan kenderaan bermotor
anda dengan:
- Menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung (termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik) yang ditanggung oleh institusi kewangan; atau
- Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung (termasuk kos penarikan, penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan
Anda boleh juga
memperkenalkan seorang bakal pembeli yang berminat untuk membeli
kenderaan bermotor anda pada harga yang ditetapkan dalam notis
tersebut
HAK SYARIKAT
KEWANGAN TERHADAP KENDERAAN BERMOTOR YANG DITARIK
Sekiranya anda
atau penjamin anda tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti
yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari
selepas notis Jadual Kelima dihantar kepada anda, syarikat kewangan
berhak menjual kenderaan bermotor tersebut melalui lelongan awam atau
jualan terus.
Sekiranya syarikat kewangan menjual kenderaan bermotor melalui:
Sekiranya syarikat kewangan menjual kenderaan bermotor melalui:
- Lelongan awam, syarikat kewangan berkenaan perlu memberi sesalinan notis lelongan awam tersebut kepada anda, 14 hari sebelum tarikh lelongan
- Kaedah yang selain daripada lelongan awam, syarikat kewangan hendaklah memberi opsyen kepada anda untuk membeli kenderaan bermotor tersebut sekiranya syarikat kewangan berhasrat untuk menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan di dalam notis Jadual Kelima
BAKI HUTANG
SELEPAS PENARIKAN
Anda dan
penjamin masih bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang
kepada syarikat kewangan walaupun kenderaan bermotor telah dilelong.
Anda perlu juga menanggung perbelanjaan yang berkaitan dengan
lelongan tersebut.
NASIHAT
KEPADA PENYEWA
Kena Buat
- Pastikan bahawa semua perjanjian dibuat secara bertulis
- Baca setiap cetakan halus pada perjanjian bertulis
- Pastikan bahawa harga belian dan terma Sewa Beli (SB) dalam perjanjian adalah sebagaimana yang telah dipersetujui
- Pastikan bahawa anda mampu membayar ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan
- Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta SB
- Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah kontrak SB untuk memastikan bahawa anda tidak melakukan apa-apa tindakan yang melanggar kontrak
- Segala dokumen yang berkaitan perjanjian SB seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat
- Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan
Jangan Buat
- Menandatangani perjanjian atau borang kosong atau dokumen yang tidak lengkap
- Menerima surat perjanjian yang tidak ditandatangani
- Menghilangkan sebarang dokumen berkaitan dengan perjanjian SB
- Membayar ansuran bulanan kepada seseorang, pengedar atau ejen yang tidak diberi kuasa oleh syarikat kewangan
- Gagal memaklumkan syarikat kewangan jika berlaku pertukaran alamat
- Menjual atau memindah hak milik atau menyerahkan kenderaan bermotor kepada pihak ketiga tanpa persetujuan syarikat kewangan
sumber :
www.nccc.org.my